PELABURAN
81) PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sehingga kini berapakah jumlah pelaburan yang diterima oleh Negeri Selangor dan berapakah anggaran pelaburan yang bakal diraih oleh Selangor untuk tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan sehingga tahun 2010?
Bagi tempoh tahun 2006 hingga Julai 2009, sebanyak 1,070 projek perkilangan telah
diluluskan di Negeri Selangor oleh MIDA/MITI dengan nilai pelaburan berjumlah RM
31,099,100,206. Daripada jumlah ini sebanyak RM 14,163,443,650 adalah daripada
pelaburan tempatan dan sebanyak RM 16,935,656,556 daripada pelaburan asing.
Sebanyak 89,313 peluang pekerjaan telah diwujudkan.
Bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke 9 (2006 – 2010), Kerajaan Negeri Selangor
mensasarkan pelaburan berjumlah RM 25 bilion dengan sasaran tahunan sebanyak RM
5 bilion setahun.
