PELABURAN ASING DI SELANGOR
89) PELABURAN ASING DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan Selangor dalam menjalankan projek usahasama dengan pelabur-pelabur asing?
Aktiviti pelaburan bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri, tetapi juga membuka peluang bagi projek usahasama dengan Kerajaan Negeri melalui penglibatan anak-anak syarikat Kerajaan
Kerajaan Negeri sentiasa meneroka peluang – peluang bagi menjalankan projek usahasama yang bersesuaian dengan penglibatan pelabur – pelabur asing. Antara usaha – usaha yang dilaksanakan seperti;-
- Menjemput anak-anak syarikat bagi menyertai setiap misi lawatan pelaburan ke luar Negara bagi meneroka projek – projek usahasama;
- Mengadakan program ‘business matching’ setiap kali lawatan pelabur ke negeri
- Sentiasa mengadakan program networking bagi menjalinkan hubungan perniagaan antara anak – anak syarikat kerajaan negeri dengan dewan – dewan perniagaan tempatan
Namun begitu, kebanyakan pelabur asing disektor perkilangan yang mendapat bantuan Invest Selangor lebih cenderung untuk beroperasi tanpa konsep usahasama dengan mana-mana pihak.
