PELABURAN DI SELANGOR BIO BAY

131) PELABURAN DI SELANGOR BIO BAY

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk insentif utama kerajaan bagi menarik minat pelaburan di Selangor Bio Bay?

    Pihak Kerajaan Negeri tiada memberikan insentif untuk  menarik  minat  pelaburan di Selangor Bio Bay kerana insentif-insentif berbentuk kewangan diberikan oleh pihak Kerajaan Persekutuan menerusi agensi-agensi seperti MIDA dan Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd. lain-lain lagi yang berkaitan dengan industri Bio Teknologi.

    Walaupun secara dasarnya tiada insentif atau galakan berbentuk kewangan yang ditawarkan, namun pihak Kerajaan Negeri menyediakan agensi khusus seperti Invest Selangor untuk membantu para pelabur dari mula proses mengenal pasti tapak, menyelaras permohonan-permohonan kelulusan pembangunan serta membantu para pelabur menyelesaikan masalah yang dihadapi sama ada melibatkan pihak Kerajaan Negeri mahupun pihak Kerajaan Persekutuan

Lampiran

Tiada Lampiran.