Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
72) PELANCONGAN HULU LANGAT
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pelancong yang datang ke Sungai Congkak mengikut tahun dari 2015 hingga 2019?
Tourism Selangor telah diberi mandat oleh Kerajaan Negeri untuk menguruskan Congkak Park & Resort. Jumlah pelancong yang direkodkan adalah tertumpu kepada pelancong yang datang ke Congkak Park & Resort sahaja dan bukan di kawasan Sungai Congkak secara keseluruhan. Jumlah statistik kedatangan pelancong atau pelawat adalah berdasarkan pengumpulan maklumat melalui penjualan jumlah tiket masuk ke Congkak Park & Resort di bawah seliaan Tourism Selangor, mengikut tahun dari 2015 hingga 2019 adalah seperti berikut:-
- Tahun 2015 : 147,100 orang
- Tahun 2016 : 137,137 orang
- Tahun 2017 : 72,584 orang
- Tahun 2018 : 105,377 orang
- Tahun 2019 : 77,023 orang (Sehingga Bulan September 2019)