Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

130) PELUMBA HARAM BELIA REMAJA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah perlumbaan haram terutama belia remaja di Negeri Selangor ?

    Kerajaan Negeri Selangor amat maklum keinginan sebahagian jiwa remaja yang meminati sukan dan aktiviti lasak seperti perlumbaan motosikal. Kerajaan Negeri sangat meraikan semua anak muda yang meminati aktiviti lasak dan lumba motor. Usaha meraikan ini telah diterjemahkan apabila Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan khusus pada tahun 2015 sebanyak RM200,000.00 telah diperuntukkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bagi menaiktaraf Litar Lumba Rakyat di Kompleks Kuala Selangor bagi menggalakkan penglibatan golongan belia remaja secara sihat dalam aktiviti sukan permotoran. Setelah dinaiktaraf Litar Lumba ini telah dibuka setiap minggu untuk digunakan oleh anak-anak muda yang mempunyai minat mendalam dalam perlumbaan permotoran. Seterusnya, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Petronas Cubprix akan mengadakan program Petronas Cubprix AAM Malaysian Cubprix Championship bertujuan untuk menggalakkan penglibatan golongan belia remaja dalam aktiviti sukan permotoran. Dengan adanya program-program seumpama ini, Kerajaan Negeri berharap kes-kes lumba haram terutamanya di kalangan belia remaja di Negeri Selangor dapat diatasi dengan jayanya.

Lampiran

Tiada Lampiran.