PELUPUSAN SAMPAH PEPEJAL
79) PELUPUSAN SAMPAH PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah ada kajian perbandingan kos dan kesan kepada alam sekitar di antara sistem kitar semula, pelupusan dan Insinerator?
Pihak Kerajaan Negeri telah pun menjalankan beberapa kajian perbandingan mengenai ketiga-tiga sistem tersebut dan sistem pengurusan sistem pepejal yang lain. Sistem pelupusan sisa pepejal secara sanitari masih merupakan kaedah terendah dari segi kos pembinaan dan
Sistem kitar semula tidak merawat sisa pepejal secara keseluruhan kerana ianya hanyalah sistem sokongan. Hanya 10-20% daripada jumlah sisa pepejal yang diterima yang dapat di kitar semula, manakala selebihnya perlu dilupuskan ke tapak pelupusan. Tiada pencemaran yang serius berlaku di dalam proses pengitaran semula.
Sistem pelupusan secara tapak pelupusan sanitari memerlukan ruang tanah yang luas. Jika tidak diuruskan dengan baik, terdapat masalah pencemaran seperti bau, tanah, air, risiko berlaku kebakaran, runtuhan sampah dan sebagainya.
Sistem insinerator pula dapat merawat sisa pepejal sebanyak 90%. Pembakaran sisa pepejal di dalam kaedah insinerator ini dilengkapi dengan beberapa peralatan khas untuk merawat gas-gas beracun hasil daripada pembakaran tersebut.
