PELUPUSAN TANAH KERAJAAN
186) PELUPUSAN TANAH KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tatacara yang diamalkan untuk memastikan pemohon adalah layak dalam pelupusan tanah untuk kediaman dan pertanian?
Bagi memastikan pemohon adalah layak untuk diberi milik tanah bagi tujuan kediaman dan pertanian, Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Tanah/ Daerah akan menjalankan siasatan dan menyediakan laporan tanah berkenaan permohonan tersebut. Permohonan juga akan dipertimbangkan dengan mengambil kira Rancangan Tempatan Kawasan (melalui zoning) yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.
