PEMBANGUNAN BELIA
117) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan satu bajet khas bagi membaik pulih kemudahan sukan di setiap daerah?
Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap keperluan kemudahan sukan di Negeri Selangor dalam usaha untuk meningkatkan mutu sukan terutamanya di kalangan generasi muda dan menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti riadah. Sehubungan itu, di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kerajaan Negeri pada tahun 2019 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3,240,000.00 untuk Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Kemudahan Sukan di Negeri Selangor. Peruntukan tersebut adalah termasuk peruntukan untuk membaikpulih kemudahan sukan di peringkat DUN yang telah dinaikkan daripada RM20,000.00 kepada RM40,000.00 kepada setiap DUN yang mana projek ini akan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT). Pemilihan bagi kelulusan projek ini adalah mengikut tahap projek kemudahan tersebut. Berikutan, pihak DUN boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada pihak PDT untuk kelulusan di peringkat Kerajaan Negeri.
Untuk makluman, Kerajaan Negeri dalam tindakan untuk mendapatkan data dan status semasa kemudahan sukan di Selangor dalam usaha untuk memastikan kemudahan-kemudahan sukan tersebut dapat dinaiktaraf dan seterusnya digunakan untuk tujuan aktiviti sukan kemasyarakatan. Walau bagaimanapun, projek-projek pembangunan infrastuktur sukan akan diutamakan kepada kemudahan-kemudahan sukan yang kritikal dan perlu dinaiktaraf segera.
