Pembangunan Daerah Sabak Bernam
175) Pembangunan Daerah Sabak Bernam
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapa saya sebagai ADUN Kawasan Sabak tidak lagi dilibatkan didalam jawatankuasa Pembangunan Daerah Sabak Bernam. Oleh itu saya ingin meminta penjelasan berhubung perincian pembangunan Daerah Sabak Bernam.
Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Bilangan 1 Tahun 2020 bertarikh 29 Jun 2020 telah membuat ketetapan agar Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak lagi dilibatkan sebagai ahli mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD).
Jumlah peruntukan keseluruhan projek infrastruktur bagi Tahun 2020 melalui Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam (PDTSB) adalah sebanyak RM 14,346,167.94. Perincian peruntukan adalah seperti berikut:
- Peruntukan MARRIS sebanyak RM8,353,375.48.
- Peruntukan UPEN sebanyak RM996,403.56.
- Peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi di bawah ICU dan KPLB sebanyak RM996,388.90.
- Peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) bagi daerah Sabak Bernam adalah RM4,000,000.00.
