PEMBANGUNAN DI KAWASAN CERUN

75) PEMBANGUNAN DI KAWASAN CERUN

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kawasan-kawasan cerun Kelas III dan IV yang ditolak permohonan pelan merancang dari 2008 - 2012.

    1. MMKN Selangor Bil. 11/2010 telah meluluskan pemakaian Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi Negeri Selangor (2010) bagi pembangunan di kawasan berkecerunan kelas III dan IV di seluruh Negeri Selangor. Kelas-kelas kecerunan mengikut takrifan garis panduan adalah seperti berikut:

     

    1. Kelas I : Darjah kecerunan < 150
    2. Kelas II : Darjah kecerunan > 150 hingga < 250
    • Kelas III : Darjah kecerunan > 250 hingga < 350
    1. Kelas IV : Darjah kecerunan > 350
    2. Cerun potongan : Kawasan cerun yang telah dikacau ganggu sama ada terdiri dari engineered slope atau disturbed slope.

     

    Secara amnya, garis panduan ini merumuskan bahawa bagi kawasan berkecerunan kelas I dan II, semua jenis pembangunan adalah dibenarkan. Manakala bagi kawasan berkecerunan kelas III, hanya pembangunan berdensiti rendah iaitu kediaman tidak melebihi 3 tingkat bagi rumah teres, rumah berkembar, rumah sesebuah serta perniagaan free standing dengan nisbah plot maksimum 1:2. Bagi kawasan berkecerunan kelas IV, tiada sebarang pembangunan kecuali pembinaan infrastruktur berkepentingan nasional dan berintensiti rendah sahaja yang dibenarkan.

     

    Selaras dengan itu juga, penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (JTPKSAS) Negeri Selangor yang  dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor telah ditubuhkan bagi meneliti dan memperakukan permohonan yang terlibat dengan kawasan berkecerunan kelas III dan IV sebelum permohonan

     

    pembangunan tersebut dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk kelulusan kebenaran merancang.

     

    Sukacita juga saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa semua projek-projek yang dikemukakan untuk pertimbangan JTPKSAS Negeri Selangor bukanlah mengandungi kelas III dan IV kesemuanya. Malah dalam banyak keadaan, permohonan yang dikemukakan adalah terdiri dari kelas bercampur iaitu kelas I, II, III dan IV. Malah kawasan kelas III dan IV merangkumi sebahagian peratusan sahaja berbanding keluasan keseluruhan tapak pemajuan.

     

    Maklumat-maklumat untuk makluman Dewan yang mulia ini adalah merujuk kepada permohonan cadangan pembangunan yang telah dirujuk untuk pertimbangan JTPKSAS Negeri Selangor bermula pada Jun, 2010 sehingga tahun 2012 dan bukannya maklumat yang telah dipertimbangkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Dalam mempertimbangkan cadangan pemajuan yang melibatkan tanah tinggi, laporan-laporan berkaitan telah disediakan oleh perunding yang dilantik oleh pemaju seperti laporan kajian geoteknikal, pemetaan geologi terain, laporan kerja tanah, laporan pelan kawalan mendapan dan hakisan (ESCP), laporan reka bentuk sistem saliran berdasarkan Manual Saliran Mesra Alam (MASMA) 2012 serta lain-lain laporan berkaitan (mengikut keperluan). Laporan-laporan tersebut telah diedarkan kepada jabatan teknikal berkaitan untuk ulasan. JTPKSAS hanya akan membincangkan permohonan tersebut setelah ulasan-ulasan diterima daripada jabatan teknikal berkaitan.

     

    Cadangan pemajuan di kawasan berkecerunan Kelas III dan IV yang tidak diperakukan oleh JTPKSAS Negeri Selangor, 2010 – 2012

     

    Sepanjang tahun 2010 – 2012, JTPKSAS Negeri Selangor tidak memperakukan dua permohonan atas faktor-faktor ketidak sesuaian pembangunan tersebut yang tidak menepati Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi Negeri Selangor (2010) iaitu seperti berikut :

     

    i)                     Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pindaan Pelan Pembangunan Bercampur Di Atas Lot 96, 149, 452, 453 Dan 454, Mukim Hulu Klang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Angel Wing (M) Sdn. Bhd.

     

    1. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pembangunan Kondominium Yang Mengandungi:

     

    a)                  Blok    A  Setinggi    26    Tingkat   (Berjumlah    182   Unit)    Serta Kemudahan Dewan Serba guna, Gimnasium, Bilik Baca, Dobi,

     

    Pasar Mini, Tempat Rehat/Cafe, Tadika) Dan 5 Tingkat Bawah Aras Jalan Untuk Tempat Letak Kereta.

     

    b)                  Blok B Setinggi 19 Tingkat (Berjumlah 126 Unit) Serta Kemudahan (Dewan Serba guna, Gimnasium, Bilik Baca, Dobi, Pasar Mini, Tempat Rehat/Cafe, Tadika) Dan 5 Tingkat Bawah Aras Jalan Untuk Tempat Letak Kereta.

     

    Di Atas Lot Pt1073 Dan PT 1074, Bandar Ulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Temasek Premium Sdn. Bhd.

Lampiran

Tiada Lampiran.