PEMBANGUNAN ICT

77) PEMBANGUNAN ICT

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status dan manfaat Projek Pusat Siber Rakyat dan siapakah yang mengendalikannya?

    1. Pusat Siber Rakyat (PSR) adalah penjenamaan semula projek Pusat Komuniti IT(PKIT) terdahulu. Tahun lepas terdapat lima(5) buah PSR yang telah diwujudkan iaitu :
      1. PSR Perpustakaan Awam Klang
      2. PSR Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Banting
    • PSR Perpustakaan Awam Semenyih
    1. PSR Perpustakaan Awam Berjuntai Bestari
    2. PSR Perpustakaan Awam Kg Melayu Ampang

    Manfaat bagi projek ini adalah rakyat berpeluang menggunakan kemudahan ICT ini dan seterusnya dapat mengurangkan jurang digital. Kesemua PSR akan dikendalikan sepenuhnya oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Lampiran

Tiada Lampiran.