PEMBANGUNAN MODAL INSAN

202) PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rasional kerajaan negeri apabila memperuntukkan RM8.6 juta untuk pembangunan modal insan?

    Rasional peruntukan RM8.6 juta pembangunan modal insan ialah berdasarkan jumlah bilangan penduduk rakyat Negeri Selangor yang ramai iaitu berjumlah 5.6 juta. Pembangunan modal insan adalah proses membina diri manusia supaya menjadi aset yang baik, sihat dan produktif. Jika modal insan tidak baik, tidak sihat dan tidak produktif, ia akan menjadi liabiliti dan beban kepada negeri. Pendapatan negeri akan berkurangan dan kos untuk merawat dan memulihkan manusia seperti kos hospital, kos pemulihan dadah, kos pemulihan akibat minum arak dan kos kaunseling yang terpaksa dibelanjakan akan bertambah.

Lampiran

Tiada Lampiran.