PEMBANGUNAN PEKAN SUNGAI AIR TAWAR
157) PEMBANGUNAN PEKAN SUNGAI AIR TAWAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memajukan kawasan Pekan Sungai Air Tawar sebagai pusat ekonomi di bawah skim Smart Selangor seperti Pekan Bagan Terap?
MDSB telah memasukkan pembangunan Sungai Air Tawar ke dalam cadangan Pembangunan Pekan-Pekan Kecil bagi Daerah Sabak Bernam. Untuk melaksanakan pembangunan melalui Skim SMART Selangor, pengambilan tanah perlu dibuat kerana hampir keseluruhan Pekan Sg. Air Tawar merupakan tanah hakmilik.
