PEMBANGUNAN SEKTOR PELANCONGAN
150) PEMBANGUNAN SEKTOR PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memperkasakan sektor eko pelancongan terutamanya di kawasan luar bandar seperti di Daerah Hulu Selangor yang mempunyai potensi untuk dimajukan bahkan banyak tempat menarik boleh dipromosikan kepada pengunjung dalam dan luar negara?
Beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam memperkasa sektor pelancongan khususnya di kawasan pelancongan luar bandar di daerah Hulu Selangor antaranya seperti yang berikut:
- Untuk mengangkat sesebuah tempat menjadi tempat pelancongan perlu merujuk Undang-Undang Malaysia di bawah Akta 482, Akta Industri Pelancongan 1992 dan mengenal pasti status tanah atau kawasan yang ingin dijadikan kawasan pelancongan.
- Pembangunan Pelancongan dari segi penyediaan kemudahan infrastruktur yang mesra alam atau berkonsep eko, kemudahan jalan serta akses, dan nilai komersial menggambarkan “x-factor” dan keunikan yang ada pada sesuatu tempat yang menjadi tarikan kepada orang ramai untuk datang ke tempat pelancongan tersebut.
- Aktiviti promosi yang giat dijalankan oleh Tourism Selangor bersama-sama organisasi pelancongan yang lain bagi memasarkan produk pelancongan yang mempunyai potensi diangkat menjadi tempat tarikan pelancong.
- Dokumentasi dan Kajian (Research). Bagi mengangkat sesebuah tempat untuk mencapai nilai destinasi pelancongan, Kerajaan Negeri turut menjalankan beberapa kajian dan dokumentasi serta publisiti dan promosi yang berterusan melalui kerjasama bersama agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Tourism Selangor sendiri sebagai badan pelancongan negeri. Walau bagaimanapun, bagi menjalankan sesuatu kajian atau dokumentasi, Kerajaan Negeri buat masa ini hanya memberi keutamaan kepada produk-produk pelancongan yang difikirkan berpotensi untuk diangkat sebagai produk utama pelancongan negeri serta bertaraf kebangsaan dan antarabangsa.
- Komuniti, organisasi atau kelab pelancongan tempatan daripada kawasan luar bandar tersebut perlu mewujudkan satu jawatankuasa dalam kalangan penduduk dan perniaga tempatan bagi menggerakkan aktiviti perniagaan pelancongan secara sihat. Contoh boleh dilihat kepada Persatuan Kemajuan Pelancongan Sekinchan yang bergiat aktif dan membawa model seperti ‘Community Based Tourism’ dan ‘Think Tourism’ yang sememangnya memberikan impak yang besar dalam memacu pembangunan pelancongan setempat di luar bandar.
- Program Latihan Hos Komuniti Negeri Selangor yang telah melahirkan 51 orang pemandu pelancong daerah khususnya di Hulu Selangor.
- Program Pemurnian Pelancongan Negeri Selangor (P3S) yang memberi penekanan dalam pembangunan pelancongan khusus kepada Inap dusun dan sukan lasak.
