PEMBANGUNAN WANITA SELANGOR

190) PEMBANGUNAN WANITA SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah diambil untuk memastikan Wanita Selangor cukup berdaya saing di peringkat antarabangsa?

    Kerajaan Negeri prihatin dan mengambil berat akan isu-isu dan cabaran yang mendepani kaum wanita terutama pada masa kini yang menuntut kaum wanita untuk lebih berdaya, berani, berjaya di alam kerjaya dan rumahtangga. Pelbagai inisiatif dan program pemberdayaan dan pembangunan wanita telah dilaksanakan dalam membina jati diri dan kepimpinan kaum wanita menerusi beberapa program berikut :-

    i)                           Pusat Wanita Berdaya;

    Satu platform pemberdayaan wanita di peringkat akar umbi untuk memaksimumkan potensi dan mempelbagaikan kapasiti wanita bagi pemerkasaaan diri ke arah kemajuan sosial dan ekonomi, meningkatkan penglibatan wanita secara inklusif dalam semua program latihan dan kemahiran untuk pemberdayaan ekonomi keluarga dan masyarakat setempat;

     

    ii)                        Konvensyen Kepimpinan Wanita Selangor;

    Konvensyen Kepimpinan Wanita Selangor diadakan bagi membincangkan agenda-agenda pemberdayaan wanita serta menjadi medan jaringan dan pertemuan kepimpinan wanita dari seluruh negeri. Konvensyen ini juga memberi input dan pendedahan kepada para pemimpin wanita pelbagai peringkat untuk meningkatkan kapasiti masing-masing.

     

    iii)                    Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan

    Melalui tujuh matlamat yang digariskan dalam Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan untuk dilaksanakan sehingga tahun 2020 diharapkan dapat meningkatkan keupayaan dan sumbangan wanita untuk merealisasikan Selangor yang inklusif, mampan, adil dan makmur dengan memaksimumkan potensi dan mempelbagaikan kapasiti wanita bagi pemberdayaan diri dan kolektif ke arah kemajuan sosial dan ekonomi, meningkatkan kehidupan sosio- ekonomi,     kesihatan     dan     keselamatan     wanita,     menaik     taraf      dan mempercepatkan keupayaan kepimpinan dan pembuatan keputusan wanita.

Lampiran

Tiada Lampiran.