PEMBATALAN PEMBINAAN KAMPUS CAWANGAN UITM
208) PEMBATALAN PEMBINAAN KAMPUS CAWANGAN UITM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri telah menarik balik tanah YBK di Mukim Serendah yang dicadangkan untuk membina Kampus Cawangan UITM . Mengapakah pihak kerajaan negeri mengambil tindakan yang begitu drastik ?
Soalan ini tidak boleh dijawab kerana YBK telah pun memulakan saman sivil terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan ianya adalah “subjudice” untuk membuat apa-apa kenyataan sebelum mahkamah membuat apa-apa keputusan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tegas mengatakan bahawa keputusan yang dibuat adalah wajar dan berpatutan.
