Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

326) PEMBEKAL BUKAN BUMIPUTRA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peluang atau ruang untuk pembekal dan kontraktor bukan bumiputra untuk mendapat kontrak kerajaan negeri, PBT, agensi kerajaan dan anak syarikat kerajaan?

     a dan b)

     

    Untuk makluman, berdasarkan tatacara perolehan kerajaan yang sedang berkuatkuasa pembekal dan kontraktor bukan bumiputera boleh menyertai proses sebut harga dan tender untuk mendapat kontrak Kerajaan Negeri kecuali bagi kategori perolehan dengan nilai tertentu seperti berikut:-

    Perolehan bekalan dan perkhidmatan dengan nilai RM50,000.00 hingga RM 100,000.00 kerana ianya adalah dikhaskan untuk pembekal bumiputera selaras dengan Arahan Perbendaharaan 170.1; dan

    Perolehan kerja dengan nilai RM 20,000.00 dan ke bawah selaras dengan Perenggan 6, 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP) – PK2 (Kaedah Perolehan Kerajaan) kerana ianya dikhaskan untuk kontraktor Gred G1 yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Binaan Malaysia (CIDB) dan memiliki Sijil Taraf

    Kesemua agensi kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah tertakluk kepada tatacara perolehan di atas yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia seperti maksud Arahan Perbendaharaan (AP) 8 seperti berikut:-

    “AP8. …..sungguhpun penggunaan wang Negeri bagi maksud Negeri- Negeri yang tertentu adalah suatu perkara semata-mata bagi maksud Badan Perundangan Negeri dan Kerajaan Negeri, tetapi tatacara kewangan dan perakaunan yang dipakai pada melaksanakan maksud- maksud itu mestilah tidak bertentangan dengan undang-undang Persekutuan atau dengan mana-mana arahan yang diberi oleh Perbendaharaan.”

     

    Manakala, peraturan di atas tertakluk kepada penerimaan Lembaga Pengarah (Board of Directors) kepada anak-anak syarikat Kerajaan Negeri berhubung Good Governance atau Amalan Baik yang menjadi Standard Operating Procedure (SOP) syarikat dalam proses perolehan.

    Justeru, Kerajaan Negeri berpandangan peluang untuk pembekal dan kontraktor bukan bumiputera mendapatkan kontrak Kerajaan Negeri adalah sentiasa terbuka dan terbentang luas. Kerajaan Negeri menyarankan kontraktor bukan bumiputera untuk bersaing secara sihat bersama-sama pembekal dan kontraktor bumiputera yang lain di dalam proses perolehan yang dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.