PEMBERDAYAAN KOMPLEKS PKNS, SHAH ALAM
143) PEMBERDAYAAN KOMPLEKS PKNS, SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan PKNS Real Estate untuk memberdayakan semula Kompleks PKNS, Shah Alam sebagai tarikan kepada para pengunjung?
- PKNS Real Estate (PREC) telah mengambil langkah pro aktif dalam strategi serta hala tuju untuk mengharungi arus pemodenan yang sedang berlaku.
Melalui itu, PREC telah menjalankan beberapa tarikan baru di Kompleks PKNSShah Alam serta kawasan yang berhampiran diantaranya ialah :
i)
Mewujudkan aktiviti seperti Flea Market serta aktiviti Food Truck di SACC Walk pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam
6.00 petang sehingga 12 malam. Flea Market menawarkan barangan vintage/antik, aktiviti untuk kanak-kanak, persembahan buskers dan banyak lagi aktiviti menarik yang bakal dilaksanakan. Jualan barangan di Flea Market ini telah melalui saringan bagi memastikan produk yang dijual itu tidak menyamai dengan penyewa-penyewa yang sedia ada di Kompleks PKNS Shah Alam. PREC mementingkan kepelbagaian produk dan Flea Market ini bertujuan menambahkan bilangan pengunjung yang datang ke Kompleks di sebelah petang.
- PREC juga komited untuk menjadikan Kompleks PKNS Shah Alam sebagai Hub Haji dan Umrah serta memenuhi keperluan muslimin dan muslimat.
- Kompleks PKNS Shah Alam merupakan bangunan ikonik di Shah Alam dan ‘hybrid mall’ yang menggabungkan bazar dengan ‘mall’ serta telah
mengambil alih peranan Wisma Yakin, Kuala Lumpur dalam menyediakan keperluan harian dan pakaian serta juadah sambutan perayaan terutamanya bulan ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri/Aidil Adha
- PREC dalam perancangan untuk mewujudkan kerjasama dengan pihak Tourism Selangor bagi memastikan Kompleks PKNS Shah Alam sebagai salah satu destinasi program pelancongan bagi tempat yang perlu dikunjungi di Selangor.
- PREC banyak mengadakan kerjasama dengan media cetak dan elektronik dengan tujuan bagi membuat hebahan serta publisiti dari segi liputan media terhadap Kompleks PKNS Shah Alam.
- PREC mengadakan variasi dan penambahan penyewa serta produk seperti :
- Boat Noodle
- Burger King
- Kedai Ustaz(aksesori telefon)
- Mahnaz
- Restoran Vanggey
dan lain-lain agar dapat memenuhi citarasa dan keperluan para pengunjung.
- Tarikan-tarikan lain yang telah dirancang bagi pengunjung ke Kompleks PKNS Shah Alam dengan aktiviti untuk kanak-kanak seperti Choo-Choo Train, Kiddy Ride, Inflattable Castle dan banyak lagi.
- Tayangan rancangan/program TV secara langsung bagi memberikan kemudahan kepada para pengunjung seterusnya menjadikan Kompleks PKNS Shah Alam kekal relevan dari masa ke semasa.
- Mewujudkan ruang yang dikenali sebagai Tempat Orang Lokal (TOL) dengan pengisian hiburan dan aktiviti pertandingan dan jualan ‘happy hour’ dari usahawan TOL yang mampu menarik minat pengunjung ke Kompleks PKNS Shah Alam. Antara barisan artis yang pernah membuat persembahan di TOL adalah Elly Mazlein, Wany Hasrita, Ifa Raziah, Siti Nordiana dan ramai lagi. Disamping itu juga TOL menyediakan peluang baik untuk usahawan bumiputera yang memerlukan ruang niaga permulaan bagi perniagaan. TOL berkonsep ‘micro retailing’ bertujuan memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil sederhana untuk
menjalankan perniagaan. Dijangka terdapat pertambahan 20% pengunjung muda ke Kompleks PKNS dengan wujudnya TOL.
