PEMBERIAN BAUCAR AIR PERCUMA KEPADA PANGSAPURI
41) PEMBERIAN BAUCAR AIR PERCUMA KEPADA PANGSAPURI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah atau nilai baucar air yang telah diberi kepada pangsapuri di Selangor. Sila senaraikan pangsapuri di bawah MPAJ yang dapat baucar air mengikut DUN.
Sejak program rebet air percuma diperkenalkan pada bulan Jun 2010, lebih kurang RM11.87 juta nilai rebet air percuma telah diberi kepada 250 kawasan pemajuan pangsapuri yang terdiri daripada 77,378 unit kediaman. Bagi kawasan di bawah MPAJ, sebanyak 43 kawasan pemajuan pangsapuri terdiri daripada 15,634 unit kediaman telah membuat tuntutan rebet air percuma seperti di LAMPIRAN A.
