PEMBERIAN KERJA

99) PEMBERIAN KERJA

Tahun:

Sesi:

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah syarikat yang telah mendapat kerja secara runding terus melalui Pegawai Kewangan Negeri dan jelaskan kriteria pemilihannya?

    Pemberian kerja secara runding terus bermaksud pelantikan kontraktor/pembekal
    secara terus dengan syarat kos awalan yang diluluskan hendaklah dirunding kepada
    harga muktamad setelah kerja-kerja atau bekalan siap dilaksanakan.
    Asas pemberian kerja secara runding terus ini adalah di atas faktor kecemasan atau
    faktor di mana kelambatan pelaksanaan kerja ini akan menyebabkan kemudaratan
    kepada orang awam.
    Bagi tempoh Mac 2008- Disember 2009, sebanyak 53 projek telah diluluskan secara
    rundingan terus yang melibatkan sebanyak 47 buah syarikat.
    Berdasarkan kepada senarai seperti di Lampiran A, kriteria pemilihan syarikat dalam
    pemilihan rundingan terus adalah pelbagai. Di antaranya adalah :
    i) Pengalaman melaksanakan kerja;
    ii) Pelaksanaan kerja dengan cekap dan segera;
    iii) Pelaksanaan kerja tanpa melibatkan bayaran wang pendahuluan;
    iv) Hak ekslusiviti bagi sesuatu perkhidmatan (penyenggaraan lif);
    v) pelantikan rundingan terus berdasarkan kepada kepakaran teknikal;
    Namun begitu, kes pelantikan kontraktor/pembekal secara rundingan terus adalah keskes yang perlu sahaja dan dipertimbangkan dengan teliti sebelum suatu kelulusan
    dikeluarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.