PEMBINAAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT (BBP) DI SETIA ALAM DAN BUKIT RAHMAN PUTRA

154) PEMBINAAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT (BBP) DI SETIA ALAM DAN BUKIT RAHMAN PUTRA

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapa Kerajaan Negeri perlu mengenakan caj premium tanah tinggi kepada KPKT, sedangkan projek itu atas dadar kepentingan awam?

    Untuk makluman YB Sungai Burong, premium adalah berdasarkan nilaian pasaran yang dinilai oleh Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta (JPPH) yang mana ianya adalah diluar bidang kuasa Kerajaan Negeri. Penyediaan infrastruktur awam seperti Balai Bomba, Balai Polis, Sekolah dan lain-lain lagi telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui peruntukkan lima tahun pelan pembangunan yang dikenali dengan RMK. Oleh itu bagi tujuan tersebut, Kerajaan Persekutuan perlu mengemukakan permohonan pemberimilikan tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri. Selain daripada menanggung kos untuk pembinaan bangunan tersebut, bayaran premium tanah juga perlu dijelaskan kepada Pihak Berkuasa Negeri.  Merujuk kepada Perkara 83(2) Perlembagaan Persekutuan, telah menyatakan dengan jelas sekiranya Kerajaan Persekutuan mengkehendaki tanah Negeri secara pemberimilikan tanah, Kerajaan Persekutuan hendaklah membayar kepada Negeri itu premium yang sama banyak dengan nilaian pasaran tanah itu.   Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri juga telah mewujudkan dasar pemberimilikan tanah kepada Kerajaan Persekutuan mengikut jenis kegunaan awam tersebut.  Dasar ini wujud sejak dari tahun 1997 yang masih digunapakai hingga ke hari ini yang mana telah menetapkan kadar pembayaran premium sebanyak 25%, 50% dan 100% daripada nilaian pasaran mengikut jenis kegunaan awam.  Pembayaran premium pada kadar nominal hanya dikenakan bagi tujuan mendirikan sekolah dan bagi tanah-tanah pengambilan yang melibatkan bayaran pampasan oleh Kerajaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.