Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

226) PEMBINAAN LEBUHRAYA BERTOL

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Status terkini kesemua lima projek lebuhraya bertol di Selangor serta pendedahan umum laporan penilaian kesan alam sekitar, sosial dan trafik berkaitan terutama rasional EKVE diberi kelulusan tanpa mempedulikan impak ke atas kawasan hutan simpan dan tadahan hujan.

    Di Negeri Selangor, terdapat perancangan untuk membina sebanyak lima (5) lebuhraya bertol yang antara lainnya termasuklah Lebuhraya DASH (Damansara – Shah Alam), Lebuhraya SUKE (Sungai Besi – Ulu Klang), Lebuhraya WCE (West Coast Expressway), Lebuhraya SKIP (Serdang – Kinrara – Putrajaya) dan Lebuhraya EKVE (East Klang Valley Expressway). Berikut adalah status terkini kesemua lima (5) lebuhraya berkenaan iaitu:-

    i)                    Lebuhraya DASH

     

    Kerajaan Negeri bersetuju bagi memasukkan jajaran Lebuhraya DASH ke dalam Pelan Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melalui MMKN Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 15/2012 yang disahkan oleh MMKN Ke 16/2012 pada 2 Mei 2012.

     

    Oleh yang demikian, jajaran di Shah Alam telah diwartakan dalam Rancangan Tempatan MBSA (Pengubahan 2) 2020 pada 31 Julai 2014. Manakala di kawasan MBPJ, pendengaran awam telah diadakan pada 27 Julai 2015 sebelum jajaran dimasukkan ke dalam Rancangan Tempatan MBPJ. Selain itu, Pelan Pengambilan Tanah di bawah Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 telah diwartakan pada 23 Julai 2015 bagi Selangor manakala pada 9 Oktober 2015 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada masa sekarang, proses perbicaraan bagi pengambilan tanah sedang dilaksanakan oleh pihak JKPTG.

     

    Selain itu, pihak DASH juga telah menjalankan beberapa siri Public Engagement iaitu :

     

    1. Pameran Awam dan Taklimat Awam MBSA telah diadakan

     

    masing-masing pada 8-22 Feb 2012 dan 15 Feb 2012; dan

    1. Pameran Awam dan Taklimat Awam MBPJ telah diadakan masing-masing pada 8-23 Feb 2012 dan 16 Feb

     

    Jadual di bawah menunjukkan status laporan penilaian kesan alam sekitar, sosial dan trafik bagi projek Lebuhraya DASH:-

     

    LAPORAN PENILAIAN
    EIA TRAFIK SOSIAL
     

    Kelulusan   oleh    JAS Selangor      pada      21

    November 2012.

    Kelulusan                      dilanjutkan sehingga                    21

    November 2016

     

    LLM telah kemukakan ke JKR Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan pada 5 April 2013.

     

    Kajian impak sosial telah disertakan bersama laporan EIA yang telah diluluskan pada 21 November 2012.

     

    ii)                  Lebuhraya SUKE

     

    MMKN Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 16/2012 yang disahkan oleh MMKN Ke 17/2012 pada 9 Mei 2012 telah bersetuju dengan Projek Lebuhraya Bertingkat SUKE kerana ia membawa impak positif kepada pembangunan negeri.

     

    Oleh yang  demikian, berdasarkan kepada kelulusan oleh Kerajaan Negeri ini, syarikat konsesi telah melaksanakan kerja-kerja awalan dengan status setiap pelaksanaan kerja adalah seperti berikut:-

     

    Pewartaan Seksyen 4 (Akta Pengambilan Tanah 1960):

     

    1. Seksyen 4 Selangor (Pewartaan Pertama pada 12 Mac 2012)
    2. Seksyen 4 Selangor (Pewartaan Kedua pada 18 Julai 2013)
    3. Seksyen 4 Selangor (Pewartaan Ketiga pada 23 Mac 2015)
    4. Seksyen 4 Kuala Lumpur (Pewartaan Pertama pada 26 November 2013)

     

    Selain itu, pihak SUKE juga telah menjalankan beberapa siri Public Engagement iaitu:

     

    1. Pendengaran Awam MPAJ & MPKj pada 8-23 Feb
    2. Pameran Awam DBKL pada 27 April 2012.

     

    1. Program Publisiti Dan Penyertaan Awam MPAJ pada 15 September – 14 Oktober

     

    Bagi memastikan pandangan umum diambil kira, Public Opinion Survey (POS) telah dijalankan dan kelulusan pada 11 Jun 2014 daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) telah diperolehi.

     

    Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran Cadangan Pindaan Sebahagian Zoning Tanah Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2020 telah diadakan pada 24 Feb 2015 dan 10 Mac 2015. Di samping itu juga, pewartaan Seksyen 8 telah diperolehi dengan pewartaan seperti berikut:

     

    1. Seksyen 8 Selangor (Hulu Langat-Pewartaan pada 23 Julai 2015).
    2. Seksyen 8    Selangor  (Gombak-Pewartaan  pada    8    Oktober 2015).
    3. Seksyen 8 Kuala Lumpur (Pewartaan pada 9 Oktober 2015).

     

    Jadual di bawah menunjukkan status laporan penilaian kesan alam sekitar, sosial dan trafik bagi projek Lebuhraya SUKE:-

     

    LAPORAN PENILAIAN
    EIA TRAFIK SOSIAL
     

    Kelulusan EIA, TIA dan SIA telah diperolehi daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 20 Mac 2013. Kelulusan lanjutan telah diperolehi selama 2 tahun bermula dari 21 Mac 2015 sehingga 20 Mac 2017.

     

    Pihak SUKE telah memenuhi syarat duluan untuk kuat kuasa Perjanjian Konsesi pada 25 Dis 2014.

     

    iii)                Lebuhraya WCE

     

    Kerajaan Negeri Selangor dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil.30/2005 yang diadakan pada 30 November 2005 secara dasarnya telah menimbang dan bersetuju dengan pembinaan Lebuhraya WCE .

     

    Secara umumnya, setakat bulan September 2015, peratus kemajuan pembangunan keseluruhan yang telah dicapai oleh projek lebuhraya WCE ini adalah 12.30% yang mana bagi Negeri Selangor peratus sebenar ditapak telah mencapai 12.50% manakala bagi Negeri Perak adalah

     

    12.20%. Kerja-kerja fizikal di tapak yang sedang berjalan adalah melibatkan kerja pembersihan tapak, pengalihan utiliti dan kerja-kerja rawatan tanah. Di samping itu juga, kerja-kerja pemasangan dan pengujian asas jenis cerucuk juga sedang berjalan di tapak.

    Jadual di bawah menunjukkan status laporan penilaian kesan alam sekitar, sosial dan trafik bagi projek Lebuhraya WCE:-

     

    LAPORAN PENILAIAN
    EIA TRAFIK SOSIAL
    Telah diluluskan

    oleh Jabatan Alam Sekitar:

     

    1)      Selangor – 6/7/2012

    2)      Perak –

    30/4/2013

    Laporan Independent Traffic         Study         – November 2011 1)          Laporan Awal Kaji Selidik Kualitatif dan Kuantitatif – April 2012.

     

    2)          Laporan Kaji Selidik LPB (Laporan Penuh Feb. 2013) diluluskan oleh KKR pada Mac 2013.

     

    iv)                Lebuhraya SKIP

     

    Kerajaan Negeri secara dasarnya telah meluluskan Projek Penswastaan Lebuhraya Serdang-Kinrara-Putrajaya (SKIP) dan bersetuju dengan  jajaran lebuhraya tersebut melalui MMKN Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 14/2012 yang disahkan oleh MMKN Ke 15/2012 pada 26 April 2012.

    Pada masa ini, rundingan dengan wakil-wakil Jawatankuasa Awam Swasta (JKAS), Jabatan Perdana Menteri berkaitan Perjanjian Konsesi telah dimuktamadkan dan perjanjian berkenaan masih dalam semakan terakhir oleh Jabatan Peguam Negara.

     

    Jadual di bawah menunjukkan status laporan penilaian kesan alam sekitar, sosial dan trafik bagi projek Lebuhraya SKIP:-

     

    LAPORAN PENILAIAN
    EIA TRAFIK SOSIAL
    “Preliminary Environmental Assessment” (PEIA) telah dikemukakan dan diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Telah dikemukakan dan dibentangkan               kepada Bahagian                             Perancangan

    Lembaga                                  Lebuhraya Malaysia

    Telah dikemukakan dan dibentangkan kepada Bahagian Perancangan                                        Lembaga Lebuhraya Malaysia

     

    (Tempoh Sah Laku : 28 Nov 2016)    

     

    v)                  Lebuhraya EKVE

     

    MMKN Ke 41/2010 yang bermesyuarat pada 24 November 2010 secara dasarnya telah bersetuju dengan pelaksanaan pembinaan projek Lebuhraya Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) Seksyen Timur yang melalui Permatang Kuartza. Walau bagaimanapun, terdapat missing link Lebuhraya KLORR dari Templer ke Sungai Long. Pihak LLM menjelaskan bahawa Lebuhraya EKVE adalah penyambung missing link tersebut.

     

    Oleh yang demikian, MMKN Ke 45/2014 yang bermesyuarat pada 19 November 2014 secara dasarnya telah bersetuju dengan jajaran jalan Fasa I Projek EKVE dan diwartakan sebagai Rizab Jalan (lebuhraya) serta hasil rumusan mesyuarat penyelarasan antara agensi yang diselaraskan oleh pihak JPBD Selangor pada 22 September 2014 perlu dipatuhi dalam melaksanakan projek ini.

     

    Jadual di bawah menunjukkan status laporan penilaian kesan alam sekitar, sosial dan trafik bagi projek Lebuhraya EKVE:-

     

    LAPORAN PENILAIAN
    EIA TRAFIK SOSIAL
    Laporan       Terperinci Dalam           usaha          untuk Tinjauan penduduk di kawasan
    Penilaian             Alam memastikan            penyediaan tersebut    bukanlah   sebahagian
    Sekitar (DEIA) untuk sistem      trafik     yang     baik, daripada Laporan DEIA ini. Ianya
    projek          Lebuhraya syarikat         konsesi         telah dilaksanakan secara berasingan
    EKVE telah diluluskan melantik Runding Trafik MZK oleh juruperunding yang dilantik
    oleh    pihak    Jabatan Sdn. Bhd. untuk menjalankan oleh   syarikat    konsesi   tersebut
    Alam Sekitar pada 25 kajian Penilaian Kesan Trafik iaitu     Tamadun     Research     &
    April     2013.     Antara (TIA) untuk lebuhraya. Kajian Management Sdn Bhd. Dalam
    skop      kajian     DEIA kesan    impak     di    kawasan hal       ini,       sebanyak       86.8%
    adalah seperti berikut: sekitarnya    telah    dijalankan responden       telah        bersetuju
      pada 11 Februari 2012 dan dengan cadangan jajaran lebuh
    a) Soil and erosion; telah    dikemukakan    kepada raya ini.
      LLM pada 12 Jun 2012.  
    b) Climate and meteorology;  

    Laporan            TIA            yang

    Satu kaji selidik untuk menyiasat pendapat bakal pengguna dan
    c) Water quality; dikemukakan antara lain telah

    mengenal                           pasti

    masyarakat   terhadap  cadangan

    pembinaan   Lebuhraya   Lembah

    d) Air quality; dan penambahbaikan         kepada

    jalan-jalan   sedia   ada    yang

    Klang     Timur      (EKVE)      telah

    dijalankan bermula 23 Julai 2013

    e) Noise and vibration. dihubungkan oleh lebuhraya yang dicadangkan dan bukan hingga 29 Julai 2013 di lokasi- lokasi yang disampel di empat (4)

     

      untuk menilai manfaat sepenuhnya               daripada

    lebuhraya.                 Beberapa penambahbaikan jalan raya juga dapat dikenal pasti melalui analisis kesan lalu lintas             yang                               telah dilaksanakan.                                  Dengan adanya lebuhraya EKVE, dijangkakan kesesakan di sepanjang lebuhraya MRRII dapat dikurangkan sebanyak 20% di mana kesesakan tersebut dapat dilencongkan ke EKVE berdasarkan unjuran          trafik          yang

    dilaksanakan                                              oleh Juruperunding Trafik Halcrow Sdn Bhd.

    zon kaji selidik; zon tadahan utara (north catchment zone); zon tadahan barat (west catchment zone); zon tadahan selatan (south catchment zone); dan zon persekitaran susur keluar dan jajaran (interchange and alignment neighborhood zone).

     

    Sejumlah 1,100 responden terbahagi kepada lima kumpulan sasaran, iaitu pemandu persendirian (82.5%), pemandu

    kenderaan awam (3.7%), pemandu                                         kenderaan pengangkutan (2.6%), peniaga (6.3%) dan lain-lain iaitu yang terdiri dari pelajar, pelancong, dan individu bukan pemandu (4.9%). Jumlah ini adalah terdiri daripada 61.5% lelaki. Sebahagian besar responden adalah Melayu (70%). Selebihnya berbangsa Cina (19.8%), India (8.9%) dan lain-lain.

     

    Hasil kajiselidik menunjukkan bahawa hanya 16% atau 183

    daripada 1,100 responden menyatakan bahawa mereka mengetahui akan cadangan Projek Lebuhraya EKVE manakala 86.2% telah menyatakan persetujuan kepada projek lebuhraya ini. Di kalangan 917 responden yang tidak mengetahui mengenai projek ini sebelum kaji selidik dijalankan, 86.8% telah bersetuju pembinaan lebuh raya dilaksanakan.

     

    Dalam memelihara kepentingan hutan serta alam sekitar, Kajian Terperinci Impak Alam Sekitar (DEIA) telah dibuat dan dinilai oleh panel-panel pengulas yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar. Laporan ini merangkumi kesan terhadap flora, fauna, hakisan, kualiti air, udara, bunyi, getaran, hidrologi, geologi, ekonomi, sosial dan lain-lain semasa pembinaan dan operasi kelak. Hasil penemuan daripada kajian ini, segala langkah mitigasi yang perlu dilaksanakan telah dinilai oleh Agensi Kerajaan Negeri dan panel-panel pengulas (Jawatankuasa Penilai) yang terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.