Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

203) PEMBINAAN RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah prosedur permohonan rumah ibadat selain Islam?

    Semua permohonan pewartaan bagi Rumah Ibadat Selain Islam (RIBI) perlulah dibuat melalui Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) masing-masing dengan mengemukakan dokumen lengkap seperti Surat permohonan rasmi beserta Pelan Akui atau Pelan Pra-Perhitungan. Permohonan yang diterima akan diproses oleh pihak Pentadbir Tanah dengan mendapatkan ulasan daripada beberapa Jabatan Teknikal yang berkaitan seperti Pihak Berkuasa Tempatan(PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan lain-lain.

     

    Permohonan yang lengkap akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam (HESI) untuk dipertimbangkan sebelum diangkat untuk mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

     

    Tindakan mendapatkan pengesahan Pelan Akui daripada pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) perlu dilakukan sekiranya tapak yang diluluskan belum memiliki Pelan Akui.

     

    Setelah semua Dokumen telah lengkap, Pentadbir Tanah akan menghantar makluman pewartaan kepada pihak Kamar Penasihat Undang-Undang untuk tujuan percetakan warta.

     

    Garis Panduan Berhubung Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor telah menggariskan beberapa prosedur bagi permohonan Rumah Ibadat Selain Islam seperti berikut :

     

    • Setiap permohonan pembinaan bangunan keagamaan hendaklah dipohon atas nama persatuan melalui Pejabat Tanah dan Daerah serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

     

    • Keluasan tanah untuk kegunaan bangunan keagamaan selain Islam sedia ada di tapak adalah mengikut keluasan asal bangunan tersebut. Keluasan bangunan keagamaan selain Islam di tapak baru sama ada disediakan oleh kerajaan atau pemaju dan bagi tujuan pemindahan adalah ditetapkan tidak melebihi 10,000 kaki persegi. Walau bagaimanapun, jawatankuasa boleh mempertimbangkan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi mengikut kes-kes

     

    • Tapak bangunan keagamaan selain Islam tidak boleh ditempatkan di sekeliling loji kumbahan atau pencawang

     

    • Penentuan jenis bangunan keagamaan selain Islam adalah ditetapkan mengikut komposisi kaum dan sejarah kewujudan

     

    • Pembangunan yang dibenarkan adalah tertakluk kepada garis panduan dan undang-undang yang diguna pakai oleh

     

    • Bangunan keagamaan yang dipindahkan dicadangkan untuk ditempatkan secara

     

Lampiran

Tiada Lampiran.