PEMBINAAN RUMAH-RUMAH IBADAT
66) PEMBINAAN RUMAH-RUMAH IBADAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat kuil atau tokong yang dibina di kawasan perumahan yang memang dari sudut undang-undang tidak dibenarkan pembinaannya kecuali mendapat kebenaran atau permit dari pihak berkuasa tempatan. Mengapakah tindakan tegas dan awal serta pro-aktif tidak diambil terhadap rumah-rumah ibadah tersebut sebelum ianya tersergam dan menimbulkan kontroversi apabila tindakan di ambil di saat-saat akhir .?
Berkenaan isu pembinaan rumah ibadat selain Islam, Kerajaan Negeri memerlukan kerjasama orang awam di kawasan sekitar khususnya ADUN di kawasan masingmasing bagi melaporkan sebarang pembangunan yang dilihat tidak mendapat kebenaran mana-mana pihak. Walau bagaimanapun terdapat sesetengah kes, terdapat campur tangan ADUN dan Ahli Majlis di kawasan berkenaan. Selain itu, tidak dinafikan terdapat sesetengah pihak berkuasa negeri terlepas pandang beberapa buah pembangunan rumah ibadat yang tidak mendapat kebenaran. Kerana pada kebiasaannya kawasan di bawah jagaan setiap Pejabat Daerah atau PBT amatlah besar dan luas. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan kerjasama semua pihak termasuk ahli-ahli politik dan ahli majlis agar pembangunan yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada setiap rakyat di Negeri Selangor.
