PEMBINAAN SEKOLAH RENDAH AGAMA PUCHONG PERDANA
83) PEMBINAAN SEKOLAH RENDAH AGAMA PUCHONG PERDANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah dijangkakan bermulanya pembangunan/ pembinaan Sekolah Rendah Agama Puchong Perdana memandangkan kafa Al Ikhwan yang sedia ada tidak sesuai untuk dijadikan tempat belajar kerana bersebelahan dengan LRT Puchong Perdana dengan jumlah murid seramai 1300 orang?
Untuk makluman Yang Berhormat, Cadangan Pembinaan Sekolah Rendah Agama Puchong Perdana telah tersenarai dalam projek untuk RMK-11. Walau bagaimanapun, pembinaan tersebut tidak dapat dilaksanakan berikutan peruntukan yang terhad.
