Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

305) PEMUTIHAN KEDAI MAKAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat perancangan pemutihan ke atas kedai-kedai makan tanpa lesen yang beroperasi di atas tanah-tanah bukan rizab komersil?

    Program pemutihan ke atas kedai-kedai makan tanpa lesen ini adalah bagi melesenkan premis-premis luar bandar yang tidak mempunyai Kebenaran Merancang dan Sijil Layak Menduduki Bangunan. Mana-mana permohonan yang menjalankan perniagaan akan diberikan notis untuk memohon lesen perniagaan dan mematuhi syarat-syarat pelesenan yang ditetapkan. Lesen boleh ditarikbalik sekiranya ada aduan atau apa-apa kepentingan awam di kawasan tersebut atau melanggar syarat yang telah ditetapkan oleh PBT. Kelulusan lesen perniagaan adalah tertakluk untuk tujuan aktiviti perniagaan sahaja dan tidak tertakluk untuk lain-lain kelulusan (KM, CF/CCC dll).

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.