Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

155) PEMUTIHAN KILANG HARAM

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini program pemutihan kilang haram di Selangor

    Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran dilaksanakan pada Julai 2007 dan dijangka selesai pada tahun 2008 namun begitu program ini telah dilanjutkan sebanyak enam (6) kali untuk memberi peluang kepada pemilik tanah dan pengusaha kilang untuk memutihkan tanah tersebut. Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran ini telah tamat pada 31 Disember 2015. Selanjutnya, tindakan penguatkuasaan dilaksanakan ke atas pemilik tanah dan pengusaha kilang yang masih belum memutihkan tanah mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.