PEMUTIHAN KILANG HARAM

69) PEMUTIHAN KILANG HARAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah Program Pemutihan Kilang Haram dimulakan dan berakhir? Nyatakan kilang-kilang yang telah diputihkan mengikut DUN

    Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK) telah mula dilaksanakan pada tahun 2006 dan sepatutnya berakhir pada 31 Disember 2007. Walau bagaimanapun, oleh kerana program ini telah memberi impak yang amat positif, Pihak Berkuasa Negeri (PBN) telah melanjutkan tempoh PPKTK tersebut sebanyak dua (2)  kali,  iaitu  sehingga  30  Jun 2013 dan  31  Disember  2014. Di samping itu, kajian ke atas pemilik tanah dan pengusaha kilang yang masih tidak menyertai PPKTK juga akan dilaksanakan bagi membantu Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu kilang haram ini dengan sewajarnya.

     

    Untuk makluman sidang dewan, sepanjang tahun 2006 sehingga 2013, peratus kejayaan pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPTK) secara keseluruhan adalah sebanyak 56.49% dan pecahannya mengikut daerah adalah seperti di Jadual 1.

    JADUAL 1 : Pecahan Peratusan Kejayaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK)

     

     

     

    DAERAH

     

    BIL. LOT

    BIL. PERMOHONAN TUKAR SYARAT
    BIL. %
    Petaling 985 828 84.06%
    Klang 434 74 17.05%
    Gombak 44 27 61.36%
    Hulu Langat 336 160 47.62%
    Kuala Langat 209 88 42.11%
    Sepang 44 2 4.55%
    Hulu Selangor 18 10 55.56%
    Kuala Selangor 34 6 17.65%
    Sabak Bernam 15 2 13.33%
    JUMLAH 2,119 1,197 56.49%

     

Lampiran

Tiada Lampiran.