PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENYAMPAIAN DI PBT

147) PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENYAMPAIAN DI PBT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sudah satu tahun kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Selangor tetapi sistem penyampaian di setiap PBT masih tidak memuaskan. Sila nyatakan usaha-usaha penambahbaikan sistem penyampaian di dalam PBT sejak tahun 2008.

    Beberapa langkah dilakukan untuk menambah baik sistem penyampaian di PBT.

    Antaranya adalah seperti berikut:

    • Penubuhan Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat di semua PBT;
    • Mengurangkan campur tangan politik dalam pentadbiran PBT dengan melantik wakil daripada NGO (25%) sebagai Ahli Majlis;
    • Memperkukuhkan Jawatankuasa  Kewangan       Jawatankuasa    Tender  dan

    Jawatankuasa Sebut harga;

    • Setiap Ahli Majlis diberikan Zon, kerani dan juga pejabat;
    • Pelaksanaan Garis Panduan Lesen Serta-merta;
    • Pelaksanaan Garis Panduan Papan Iklan Luaran PBT Selangor;
    • Penyelarasan semula Fi Lesen di bawah Undang-undang Kecil PBT Selangor;
    • Pelancaran Zon Bersih dan peruntukkan sebanyak RM100,000.00 untuk setiap PBT;
    • Penubuhan Persatuan Kebajikan Penguat kuasa PBT Selangor;
    • Pelaksanaan Program Bapa Angkat PBT Selangor;
    • Selangor Retrenchment Helpline’ di PBT;
    • Penstrukturan semula fi sewa tapak pasar pagi dan pasar malam di kawasan PBT Selangor;
    • Pembangunan Infrastruktur mesra OKU di PBT; dan
    • Langkah-langkah lain yang diambil secara langsung atau tidak langsung demi memastikan penambahbaikan sistem penyampaian PBT tercapai.

Lampiran

Tiada Lampiran.