Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

23) PENANGKAPAN ANJING LIAR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kaedah atau prosedur yang diguna pakai oleh pihak kontraktor bagi tujuan penangkapan anjing liar di semua PBT?

    Masalah anjing liar masih lagi terdapat di Negeri Selangor dan sesetengah Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor melantik pihak kontraktor untuk menangkap anjing liar di kawasan masing-masing dan terdapat juga menggunakan pekerja majlis sendiri untuk tujuan penangkapan. Penangkapan anjing terbiar boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

    1. Kaedah Gelung – penggunaan gelung yang diikat di hujung sebatang kayu/aluminium untuk menangkap anjing terbiar
    2. Kaedah Sangkar– penggunaan sangkar dengan umpan untuk memerangkap atau menangkap anjing
    3. Kaedah senapang penenang (Traquilizer gun)– penggunaan senapang penenang pelali (penggunaan senapang ini memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan)
    4. Kaedah jaring– penggunaan jaring ini untuk memerangkap atau menangkap anjing

    Spesifikasi untuk kaedah-kaedah di atas boleh di dapati di Jabatan Veterinar di mana khidmat nasihat boleh diberi sekiranya terdapat apa-apa kemusykilan semasa menjalankan penangkapan atau memerangkap anjing-anjing terbiar. Semasa menangkap, tidak boleh sama sekali membuat bising atau mengganggu lalu lintas atau kacau ganggu terhadap masyarakat umum. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri akan menggubal satu garis panduan yang baru untuk semua PBT di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.