PENCEGAHAN JENAYAH, PDRM DAN PERANAN PBT
51) PENCEGAHAN JENAYAH, PDRM DAN PERANAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah program-program dengan kerjasama PDRM bagi mengurangkan kes pecah rumah dan ragut?
Pelbagai program telah dilaksanakan oleh PBT dengan kerjasama PDRM bagi mengurangkan kes pecah rumah dan ragut. Antaranya ialah :
- Mesyuarat Jawatankuasa Program Bandar Selamat dan Bebas Halangan yang diadakan pada setiap bulan.
- Penyediaan dan Penambahbaikan kemudahan melalui 5 Langkah Segera Program Bandar Selamat (PBS). Antara program yang terlibat iaitu pemasangan:
- Rel Penghadang
- Pengasingan Laluan Pejalan Kaki
- Pencahayaan
- Papantanda Keselamatan
- Cermin Keselamatan
- Tempat Letak Motosikal Berkunci dan Berbumbung
iii. Program-Program Kesedaran, Publisiti dan Promosi di mana PBT bekerjasama dengan PDRM dalam melaksanakan beberapa program kesedaran seperti menyertai pameran sempena Crime Awareness Day, Face To Face bersama OCPD, Kempen Remaja Bebas Jenayah dan sebagainya.
