PENCEMARAN AIR SUNGAI LANGAT AKIBAT PEMBUANGAN SAMPAH

171) PENCEMARAN AIR SUNGAI LANGAT AKIBAT PEMBUANGAN SAMPAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah kerajaan negeri untuk menjaga sungai sebagai sumber air minum?

    1. Kerajaan Negeri melalui beberapa agensi yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sumber air di Negeri Selangor seperti Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sentiasa prihatin terhadap kepentingan menjaga sungai sebagai sumber bekalan

     

    Pelbagai langkah telah dirangka bagi memastikan sungai sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan sesuai untuk di abstrak sebagai bekalan air. Antara langkah tersebut termasuklah:

     

    1. Mengawal pencemaran

     

    1. Pelaksanaan tindakan undang-undang.

     

    • Kesedaran awam kepada orang ramai tentang kepentingan memelihara dan memulihara

     

    Mengawal Pencemaran Sungai

    Sekiranya sesuatu pencemaran sungai berlaku, Jawatankuasa Kecemasan Sumber Air yang diurusetiakan oleh LUAS dan dianggotai oleh  jabatan-jabatan  kerajaan  dan syarikat konsesi yang berkenaan akan membuat siasatan bagi mengenal pasti punca pencemaran tersebut dan seterusnya mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengatasi masalah pencemaran tersebut termasuklah mengambil tindakan undang- undang.

     

    Pelaksanaan tindakan undang-undang

    Kerajaan Negeri tegas dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab melakukan pencemaran sungai. Tindakan terhadap pencemar boleh diambil melalui:

    1. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti  Alam  Sekeliling (Kumbahan dan Effluen-Effluen Perindustrian),

     

    1. Seksyen 79, Enakmen LUAS 1999 dan Peraturan-peraturan (Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar) LUAS 2010 yang sedang

     

    • Akta Kerajaan Tempatan.

     

     

     

     

    Kesedaran awam kepada orang ramai tentang kepentingan memelihara dan memulihara sungai

     

    Menganjurkan aktiviti kesedaran awam dengan melibatkan komuniti setempat  dan  pihak berkepentingan bagi member pendedahan akan kepentingan pemeliharaan sumber air dan alam sekitar di samping menjamin bekalan  air  serta  mengekalkan kualiti hidup masyarakat sejahtera. Antara aktiviti yang telah dan akan dijalankan oleh LUAS ialah seperti:

     

    1. Program Pembersihan Pantai dan Kempen Tanam Pokok di Pantai Kelanang, Kuala Langat.

     

    1. Program Qua-Qua melibatkan komuniti dan pelajar sekolah dalam pemantauan kualiti air sungai yang telah dilancarkan pada 29 Jun 2008 di Ulu Yam, Hulu Selangor. Program ini dijalankan setiap dua (2) kali setahun bagi setiap lembangan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.