PENCEMARAN ALAM SEKITAR

218) PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kes-kes pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi tahun 2013 terhadap kilang-kilang dan individu-individu di Selangor mengikut daerah.

    Sepanjang tahun 2013, sebanyak  72  kes  pendakwaan  telah  selesai  di mahkamah di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 melibatkan Orang Kena Saman (OKS) yang terdiri daripada orang perseorangan dan syarikat. Daripada

    72 kes tersebut, sebanyak 27 kes melibatkan pemilik kenderaan kerana kesalahan melepaskan asap hitam dari ekzos kenderaan melebihi had yang dibenarkan di bawah Seksyen 22(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

    Manakala kesalahan yang dilakukan oleh premis kilang di bawah Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian) 2009 mecatatkan jumlah tertinggi dengan 33 kes diikuti oleh kesalahan di bawah Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 sebanyak 3 kes. Senarai lengkap kes-kes mahkamah mengikut daerah dan mengikut peruntukan undang-undang adalah seperti berikut :

     

      PPKAS(Efluen PPKAS Seksyen PPKAS Seksyen 16, Seksyen Seksyen 31,
    Perindustrian) (Kumbahan) 34A- EIA (Buangan AKAS 1974- 29A,AKAS AKAS 1974 –
    2009 2009   Terjadual) Langgar 1974 – Melanggar
          2005 syarat lesen Pembakaran Notis Arahan
              Terbuka  
    Shah Alam 7   1 1      
    Klang 8         1 1
    Gombak 10            
    Sabak Bernam 2     1      
    Petaling Jaya 3     1      
    Kajang 2 2 1        
    Sepang 1       2 1  
    JUMLAH 33 2 2 3 2 2 1

     

Lampiran

Tiada Lampiran.