Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

91) PENCEMARAN SUNGAI-SUNGAI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan sungai-sungai yang mengalami pencemaran di Negeri Selangor?

    Berdasarkan indeks kualiti air, secara keseluruhannya, kualiti air di lembangan-lembangan sungai utama masih berada di dalam keadaan baik iaitu pada Kelas II dan III. Berikut adalah status kualiti air sungai-sungai utama di Selangor berdasarkan pemantauan kualiti air di Loji Pembersihan Air (LPA) oleh Air Selangor Sdn Bhd sehingga Julai 2019 :

     

    NAMA SUNGAI NAMA LPA INDEKS KUALITI AIR (IKA) KELAS
    Sungai Selangor Rasa 90.9 II
    Rantau Panjang 79.0 II
    SSP1 75.2 III
    SSP2 82.2 II
    SSP3 80.8 II
    Sungai Bernam Bernam River Headworks (BRH) 86.9 II
    Sungai Selisek 88.0 II
    Sungai Langat Sungai Langat 85.7 II
    Cheras Batu 11 75.0 III
    Bukit Tampoi 68.4 III
    Sungai Semenyih Sungai Semenyih 74.6 III

     

    Berdasarkan bacaan IKA di LPA-LPA ini, berikut adalah purata kelas sungai-sungai utama :Sungai Selangor : 81.6 (Kelas II)Sungai Bernam : 87.5 (Kelas II)Sungai Langat : 76.4 (Kelas III)Sungai Semenyih : 74.6 (Kelas III)

    # Status kualiti air sungai juga boleh dirujuk berdasarkan bacaan IKA di bawah Program Pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor.

     

    # Rujukan Kelas Sungai adalah seperti di LAMPIRAN.

Lampiran

Tiada Lampiran.