PENCEROBOHAN KAWASAN HUTAN
125) PENCEROBOHAN KAWASAN HUTAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan menurut daerah pencerobohan kawasan hutan yang berlaku sepanjang tahun 2016.
Pada tahun 2016, sejumlah 19 kesalahan pencerobohan hutan telah dilakukan oleh orang awam. Jumlah bilangan kesalahan mengikut lima (5) Daerah Sivil adalah seperti berikut :
(i)Kuala Langat :Lima (5) kesalahan dilakukan di HS Kuala Langat Selatan bagi tujuan pertanian.
(ii)Klang :Satu (1) kesalahan membuang sampah di HS Telok Gedong.
(iii)Hulu Selangor :Tiga (3) kes berasingan iaitu satu (1)kesalahan Mengambil Hasil Hutan Tanpa kebenaran di HS Ulu Yam, penolak tanah di sempadan HS Serendah dan Bukit Tarek.
(iv)Gombak :Satu (1) kes penolakan tanah dilakukan di sempadan HS Bukit Cherakah.
(v)Petaling:Lapan (8) kes tangkapan telah dibuat di HS Ayer Hitam, Puchong.
Jadual I : Jumlah bilangan pencerobohan mengikut Daerah Sivil dan Daerah Hutan.
BIL. DAERAH HUTAN DAERAH SIVIL BIL. PENCEROBOHAN HUTAN 2016 1. Pantai Klang Kuala Langat 5 Klang 1 Sepang – Sabak Bernam – Sebahagian Kuala Selangor – 2. Hulu Selangor Hulu Selangor 3 Sebahagian Gombak 1 Sebahagian Kuala Selangor – 3. Selangor Tengah Sebahagian Gombak – Petaling 8 Hulu Langat – JUMLAH 19
