PENCURIAN PASIR

64) PENCURIAN PASIR

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pada tahun ini, berapakah orang yang telah ditangkap dan berjaya didakwa untuk pencurian pasir?

    Mengikut perangkaan yang dikemaskinikan sehingga 26 Oktober 2010 oleh Pejabat  Tanah dan Galian Selangor  terdapat  sembilan puluh enam (96)  tangkapan yang telah dilakukan oleh Pejabat Tanah Daerah dan juga Pejabat Tanah dan Galian Selangor.

    Tangkapan tersebut telah dilakukan sekitar bulan Januari hingga Oktober  2010 di beberapa lokasi  hotspot yang dikenal pasti menjadi tumpuan penyangak pasir. Tempat hotspot tersebut menjadi tumpuan penyangak pasir kerana kualiti pasir dan permintaan pasir yang tinggi di pasaran pada masa kini.

    Pecahan statistik penangkapan mengikut daerah adalah seperti berikut :-

    Bil. Pejabat /Daerah Jumlah  Tangkapan
    1. Pejabat Tanah Sepang 28
    2. Pejabat Tanah Hulu Langat 24
    3. Pejabat Tanah Kuala Langat 20
    4. Pejabat Tanah Hulu Selangor 10
    5. Pejabat Tanah Gombak 10
    6. Pejabat Tanah Kuala Selangor 2
    7. Pejabat Tanah dan Galian Selangor 2
      Jumlah Tangkapan 96 

Lampiran

Tiada Lampiran.