PENDAPATAN PETANI
108) PENDAPATAN PETANI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha-usaha untuk menaikkan pendapatan petani-petani di Negeri Selangor seperti petani-petani di Sekincan, contohnya menjalankan usaha ternakan lembu atau kambing begitu juga bantuan ternakan itik yang satu ketika dulu amat popular di Negara kita?
Bagi meningkatkan pendapatan petani – petani di negeri Selangor, pelbagai bantuan disediakan oleh kerajaan negeri mengikut bidang usaha masing-masing. Antaranya ialah:
- Insentif pembangunan tanaman makanan (buah, sayuran dan tanaman ladang dan kelapa), tanaman industri (umbisi dan nanas) – dengan pemberian input dan infrastruktur pertanian seperti bantuan bersih kawasan, bina jalan ladang dan parit ladang, pelbagai jenis baja dan racun, pelbagai jenis bahan tanaman, sistem pengairan, pelbagai jenis peralatan pertanian termasuk mesin-mesin yang baru serta pembinaan papan tanda projek.
- Insentif pembangunan industri bunga dan tanaman hiasan – dengan pemberian input dan infrastruktur pertanian seperti pelbagai jenis baja dan racun, tanah campuran, polibeg, pelbagai jenis peralatan pertanian termasuk mesin-mesin yang baru dan juga sistem pengairan.
- Insentif pembangunan Industri Asas Tani – pemberian peralatan dan juga kemudahan bagi pengeluaran industri asas tani bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran produk-produk industri asas tani dan penambahbaikan bengkel yang sedia ada ke arah Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP).
- Pembangunan pertanian bersepadu (tanaman herba) – input pertanian seperti pelbagai jenis baja dan racun, pelbagai jenis bahan tanaman, sistem pengairan dan pelbagai jenis peralatan pertanian termasuk mesin-mesin yang baru.
- Jabatan Pertanian juga berkejasama dengan agensi-agensi pertanian lain dalam membantu menjalankan program-program peningkatan pendapatan bagi petani.
Bagi petani di kawasan DUN Sekinchan iaitu Sg Leman dan Sekinchan bantuan untuk meningkatkan hasil padi dibekalkan menerusi Program Meningkatkan Hasil Padi. Bantuan-bantuan yang diterima oleh mereka adalah seperti berikut:
- Baja padi mas NPK 12:6:26 + S, Si untuk 1,122lot seluas 1,276ha berjumlah RM561,000.00
- Pakej baja organik Elemanto @ 5kg/beg, racun kulat padi @500ml/botol dan racun ulat batang Regent 50 SC diberikan untuk 10 lot seluas 12ha berjumlah RM5,050.00
- Pakej Zappa plus @ 1 literbotol, baja padi mas 3 beg/lot dan racun ulat batang Regent 50 SC diberikan untuk 10 lot seluas 12 ha berjumlah RM5,350.00
