Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

68) PENDIDIKAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sekolah Agama AI-Ansar terletak di kawasan Kampung Asahan, DUN Bukit Melawati, yang diwakafkan. Seramai 160 penuntut bersekolah di sini; 10% mereka adalah anak yatim dan 30% adalah dari fakir miskin. Sekolah ini berasrama untuk lelaki dan perempuan. Keadaan bangunan sekolah dan asrama tidak memuaskan. Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh menolong mereka membina satu sekolah dan asrama baru?

    Kerajaan negeri boleh membantu dan menyokong bantuan kepada SekolahAgama
    AI-Ansar. Walau bagaimanapun satu kertas yang lengkap hendaklah disediakan
    setelah dikenal pasti dengan tepat apakah keperluan sebenar yang diperlukan dan
    sekolah telah memenuhi syarat yang diperlukan oleh pemberi bantuan.
    Permohonanbolehjuga dikemukakankepada MAIS atau JAPIM.

Lampiran

Tiada Lampiran.