PENDIDIKAN

155) PENDIDIKAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah kerajaan untuk menampung kebanjiran pelajar anak Selangor yang mahu melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi tetapi tidak mendapat tempat, dan tidak mendapat tajaan kewangan?

    Di bawah Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan 2 institusi untuk menampung anak-anak Selangor yang ingin melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi, iaitu INPENS International College dan Universiti Selangor.

    1. Universiti Selangor pula adalah institusi milik penuh dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Pada mulanya, Unisel ditubuhkan pada 24 Ogos 1999 dan mengambil 265 pelajar berdaftar. Selepas 10 tahun, jumlah pelajar telah meningkat kepada 14,000 orang. Pelbagai bidang yang telah ditawarkan oleh Unisel seperti bidang Sains dan Bioteknologi, Pendidikan dan Sains Sosial, Kejuruteraan, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Media, Perniagaan, Biomedikal dan Sains Kesihatan serta Seni Industri dan Teknologi Rekabentuk.

    Terkini, Unisel juga telah membuka ruang untuk pelajar Sijil Pelajaran Menengah (SPM), iaitu program peralihan pelajar aliran Tahfiz memasuki program professional anjuran Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) dengan kerjasama Unisel untuk menduduki kelas intensif Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    INPENS International College yang ditubuhkan pada 19 September 1993 dan merupakan institusi pengajian tinggi pertama yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Dengan 15 tahun pengalaman, INPENS menyediakan kursus yang pelbagai yang melibatkan kemahiran, seperti bidang Juruteknik Elektronik Industri, Mekanil Elektronik Industri, Pembantu Juruteknik Komputer, Juruteknik Sistem Komputer, Bidang Jahitan, Juruteknik Automatif Kenderaan Motor, Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal, Juruteknik Elektrik, Penyejukbekuan dan Penghawa Dingin, Dandanan Rambut dan Kecantikan serta Jurupulih Aestetik.

    Kebanyakan pembelajaran di INPENS menekankan tentang kemahiran setiap bidang yang telah dinyatakan. Kursus-kursus yang diadakan juga memberi peluang kepada anak-anak Selangor yang kurang di dalam aspek pendidikan, tetapi kemahiran-kemahiran ini mampu memberikan mereka peluang pekerjaan yang luas setanding dengan graduan-graduan IPT yang lain.

    .

    Pada Mac 2006, INPENS bergerak ke hadapan dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada program berasaskan teknikal dan industri. Programprogram ini menyediakan pelajar dengan latihan vokasional, berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang diiktiraf oleh

    Kementerian Sumber Manusia, dan kualiti yang dikawal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Pelajar yang mendaftar diri dalam kursus-kursus ini akan mendapat pendidikan yang berkualiti kepada pengetahuan teknikal dan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dalam industri di peringkat tempatan dan antarabangsa. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus mereka akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM – Sijil Kemahiran Malaysia) kedua-duanya dari Kementerian Sumber Manusia dan INPENS.

    Kerajaan Negeri Selangor juga telah menawarkan dua inisiatif untuk menolong anak-anak Selangor yang tidak berkemampuan daripada segi kewangan dengan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, iaitu Hadiah Pengajian IPT yang telah diadakan sejak 2008 sehingga kini dan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang tidak dikenakan faedah sama sekali.

    1. Tahun 2013 baru-baru ini, Kerajaan Negeri juga telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan peruntukan pinjaman dari 8.1 Juta kepada 16.2 Juta.
    2. Usaha Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi dibuktikan dengan meningkatkan perbelanjaan bagi Hadiah Pengajian IPT daripada 8 Juta ke 11 Juta yang akan diterima kira-kira 11,000 orang pelajar Selangor bagi menampung perbelanjaan dan kos ke pusat pengajian tinggi.
    3. Bagi institusi di bawah Kerajaan Negeri Selangor iaitu, Universiti Selangor, juga berkolaborasi bersama Yayasan Selangor bagi menaja pelajar-pelajar asasi yang baru diwujudkan oleh pihak UNISEL September ini.
    4. Kerajaan Negeri Selangor juga memperuntukkan pinjaman pelajaran di peringkat Sijil Kemahiran tanpa faedah. Kumpulan Perangsang sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri juga telah mewujudkan program latihan kemahiran dan kursus-kursus berkaitan bagi mereka yang ingin terus masuk ke medan pekerjaan secara percuma.
    5. Bagi kakitangan penjawat awam yang berhasrat untuk menyambung pengajian juga, Kerajaan Negeri ada menyediakan pinjaman boleh ubah, iaitu, menjadi biasiswa bagi mereka yang lulus dan menjadi pinjaman bagi mereka yang gagal. Pinjaman boleh ubah ini diadakan sehingga tamat pengajian seseorang tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.