PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT
63) PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagi memajukan Negeri Selangor, rakyatnya hendaklah didedahkan dengan berbagai program pendidikan. Adakah program pendidikan sepanjang hayat diwujudkan secara teratur di Selangor?
Kerajaan Negeri Selangor sangat menggalakkan pendidikan sepanjang hayat
dilaksanakan di seluruh Negeri Selangor. Namun begitu untuk sepanjang tahun 2008
dan 2009 program pendidikan sepanjang hayat ini telah dilaksankan melalui
pelaksanaan program-program tertentu seperti program Jelajah Ilmuwan. Di mana
penglibatan masyarakat di dalam program-program ini adalah melibatkan pelbagai
lapisan masyarakat samada pelajar sekolah mahupun JKK kampung.
Namun begitu, program pendidikan sepanjang hayat masih belum dilaksanakan di
peringkat Kerajaan Negeri secara teratur ini dilaksanakan melalui penerapan unsur
tersebut di dalam program-program Pendidikan di Neggeri Selangor.
