PENDUDUK TAMAN PERMATA

125) PENDUDUK TAMAN PERMATA

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dimanakah tapak perumahan baru yang dicadangkan bagi menggantikan perumahan yang sedia ada?

    Projek perumahan Taman Permata Dengkil yang telah dibina merupakan projek yang dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya ketika itu setelah ladang yang didiami oleh para pekerja ladang telah diambil untuk tujuan pembangunan Putrajaya. Setelah disiapkan, ia diserahkan kepada Pemerbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) untuk tujuan penjualan kepada para bekas pekerja ladang yang layak pada tahun 1998. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini kediaman tersebut mengalami beberapa kerosakan yang menyebabkan para penduduk membuat aduan berkaitan keselamatan kediaman tersebut.  Satu siasatan telah dibuat oleh Permodalan Negeri Selangor  Berhad (PNSB) iaitu anak syarikat di bawah SSI baru-baru ini dan mendapati bangunan tersebut masih selamat diduduki.  PNSB akan melakukan kerja-kerja baik pulih setelah mendapat peruntukan Kerajaan Negeri.  Pada masa yang sama Kerajaan Negeri bersetuju untuk mencari tanah ganti bagi perumahan tersebut  sekiranya Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menanggung kos pembinaan.  Ini kerana pemindahan bekas pekerja ladang Putrajaya adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.