PENEMPATAN PEKERJA ASING DAN PELAJAR LUAR NEGARA
80) PENEMPATAN PEKERJA ASING DAN PELAJAR LUAR NEGARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Penempatan pekerja asing dan juga pelajar luar negara di kawasan perumahan yang serupa dengan rakyat tempatan sering menimbulkan masalah kerana perbezaan budaya dan cara hidup. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan kawasanÐkawasan industri dan kilang yang mengambil kerja pekerja asing menyediakan hostel-hostel pekerja yang berasingan
Berdasarkan garis panduan asrama pekerja di kawasan industri yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, asrama pekerja disediakan bagi industri yang mempunyai 30% daripada pekerja-pekerjanya adalah warga asing. Bagi kawasan industri baru dengan keluasan 8 hektar (20 ekar) dan lebih boleh membina asrama pekerja dengan keluasan tidak melebihi 15% daripada keluasan keseluruhan kawasan industri. Asrama pekerja tersebut akan disediakan dengan 10% kawasan rekreasi untuk aktiviti riadah.
