PENEROKAAN TANAH SECARA HARAM
56) PENEROKAAN TANAH SECARA HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah tangkapan yang dilakukan kerajaan negeri kepada peneroka tanah secara haram di Selangor pada tahun 2014?
Tiada tangkapan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri kepada peneroka tanah secara haram di Selangor pada tahun 2014. Walau bagaimanapun, Pentadbir Tanah mengambil tindakan seperti meroboh atau memusnahkan struktur bangunan atau tanaman sekiranya terdapat pencerobohan atau penerokaan tanah secara haram selaras dengan Seksyen 426A, Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.
