PENGAMBILAN TANAH BAGI SURAU TAQWANIAH DI KAMPUNG PAYA JARAS HULU
103) PENGAMBILAN TANAH BAGI SURAU TAQWANIAH DI KAMPUNG PAYA JARAS HULU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini tentang proses pengambilan tanah bagi surau tersebut?
Dimaklumkan Surau Taqwaniah telah didirikan di atas tapak hakmilik dan proses pengambilan tanah perlu dilakukan supaya tapak tersebut boleh dirizabkan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara. Merujuk kepada perbincangan yang dilakukan bersama wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak PDT Petaling pada Disember 2016, JAIS telah dipohon untuk mengemukakan permohonan pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 ke Jawatankuasa Pematuhan Pengambilan Tanah di Pejabat Tanah dan Galian Selangor dengan kadar segera agar proses pengambilan dapat dilakukan. Namun begitu, sehingga kini PDT Petaling masih belum menerima permohonan tersebut.
