PENGENDALIAN LIF

53) PENGENDALIAN LIF

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di antara permasalahan ÒRumah Pangsa Kos RendahÓ adalah pengendalian lif-lif: Apakah rancangan jangka panjang Kerajaan selain peruntukan membaiki pulih lif-lif yang rosak

    1. Berdasarkan peruntukan Akta Hak milik Strata 1985 [Akta 318], pembangunan kawasan pemajuan berstrata termasuk pangsapuri kos rendah adalah merupakan lot-lot hak milik kawasan pensendirian di mana segala kos berkaitan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama seperti lif, bumbung, tangga dan sebagainya dibiayai melalui kutipan caj penyenggaraan yang dibayar oleh pembeli kepada pemaju, Badan  Pengurusan  Bersama (JMB), Perbadanan Pengurusan (MC) atau ejen pengurusan yang dilantik oleh Pesuruhjaya

     

    Justeru itu, memandangkan lif adalah komponen dan kemudahan  asas yang  penting bagi pembeli-pembeli pangsapuri kos rendah dan perbelanjaan  penyenggaraan  lif  adalah sangat tinggi, Kerajaan Negeri selaras dengan dasar “Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan” telah membuat perancangan jangka panjang untuk mengambil alih pengurusan lif di pangsapuri kos rendah secara berpusat. Walau bagaimanapun, satu kajian komprehensif perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi mengenal pasti sistem pengambilalihan pengurusan lif yang lebih efektif sama ada  melalui penubuhan satu anak syarikat Kerajaan Negeri atau kontraktor-kontraktor yang diiktiraf kelayakannya dan berdaftar yang dilantik Kerajaan Negeri sebagai ejen pengurusan lif supaya penyenggaraan lif di kawasan pemajuan terbabit dapat dilaksanakan secara cekap dengan penggunaan sumber serta kos yang optimum.

Lampiran

Tiada Lampiran.