PENGGUNA PERKHIDMATAN BAS SELANGORKU

142) PENGGUNA PERKHIDMATAN BAS SELANGORKU

Tahun:

Sesi:

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dalam perancangan khidmat bas ini, kenapa tidak mengambil kira Bestari Jaya dan Pekan Ijok? Harap beri penjelasan.

    Perancangan laluan perkhidmatan Bas Smart Selangor dibuat melalui Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor berdasarkan cadangan laluan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Pemilihan laluan adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu :

     

    • Menepati struktur Bus Network Revamp (BNR) oleh SPAD iaitu tidak bertindih dengan laluan operator perkhidmatan bas sedia ada;
    • Perlu mengutamakan laluan kawasan-kawasan tumpuan pembangunan, perumahan padat dan jalan yang tidak dilalui oleh perkhidmatan bas lain;
    • Lokasi bagi laluan bas percuma ini adalah di kawasan tumpuan kemudahan awam seperti pusat kesihatan, pejabat kerajaan, sekolah, stesen komuter, stesen LRT dan sebagainya serta kawasan komersil dan kompleks perniagaan; dan
    • Connectivity dengan sistem pengangkutan yang lain seperti stesen komuter atau stesen LRT/MRT/BRT/ERL.

     

    Bagi laluan Bestari Jaya dan Ijok, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah membentangkan dua (2) cadangan iaitu laluan UNISEL Bestari Jaya – Ijok – Puncak Alam sepanjang 20 kilometer pada tahun 2016 dan laluan Stesen Bas dan Teksi Kuala Selangor – Hentian Bas dan Teksi Bestari Jaya – UNISEL Bestari Jaya sepanjang 35 kilometer pada tahun 2017. Walau  bagaimanapun, kedua-dua laluan ini mempunyai pertindihan laluan dengan operator sedia ada iaitu The Selangor Omnibus, Wawasan Sutera dan RapidKL sekali gus tidak menepati kriteria laluan yang ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.