Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

170) PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK (VAPE)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan pendirian kerajaan negeri terhadap penggunaan vape di kalangan rakyat Selangor?

    Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 2/2016 pada 13 Januari 2016 telah mengambil maklum Laporan Bengkel Khas Perbincangan Isu Vape Negeri Selangor yang telah diadakan pada 10 hingga 12 Januari 2016 dan bersetuju dengan perkara berikut :

     

    • Selaras dengan surat KKM bertarikh 9 Disember 2015, Kerajaan Negeri juga turut bersetuju agar lesen tidak diberikan kepada penjual

     

    • Kerajaan Negeri akan mewartakan semua kawasan larangan merokok di Negeri Selangor sebagai kawasan larangan vape dan penjualan vape tidak dibenarkan kepada pembeli yang berusia 18 tahun ke bawah;
    • Semua permohonan lesen baharu yang telah diterima akan dibekukan dalam tempoh satu bulan;

     

    • Dilarang menghisap vape di tempat-tempat awam dan tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan vape; dan

     

    • Penjualan vape dan e-juice hanya dibenarkan di premis di dalam bangunan kedai

Lampiran

Tiada Lampiran.