PENGHUTANGAN CUKAI TANAH OLEH ANAK SYARIKAT

115) PENGHUTANGAN CUKAI TANAH OLEH ANAK SYARIKAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat anak-anak syarikat kerajaan Negeri Selangor yang tidak menjelaskan cukai tanah mereka kepada kerajaan negeri dan merupakan penunggak-penunggak yang terbanyak berjumlah lebih kurang RM 143,770,000. Sila nyatakan jumlah yang di hutang oleh setiap anak syarikat secara terperinci.

    Keseluruhan jumlah hutang Anak-anak Syarikat sehingga 10 September 2008 ialah
    sebanyak RM152,804,052.01. Jumlah ini termasuklah jumlah tunggakan cukai tanah
    sebanyak RM130,982,741.76 dan jumlah hutang semasa pula ialah RM21,821,310.25.
    Syarikat Central Spectrum Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat kepada KDEB mencatatkan
    jumlah tunggakan tertinggi sebanyak RM82,291,635.00, diikuti oleh PKNS sebanyak
    RM42,070,564.05 dan PNSB sebanyak RM24,156,386.06. Perincian jumlah hutang oleh
    semua Anak –anak Syarikat adalah seperti di lampiran 1.

Lampiran

Tiada Lampiran.