PENGIKTIRAFAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC)
184) PENGIKTIRAFAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pengiktirafan UEC?
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 21 Oktober 2015 telah bersetuju agar Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) diiktiraf bagi penyambungan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Pada masa ini, Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Selangor (INSPENS) bersetuju untuk menerima kemasukan daripada pelajar lepasan
Pada masa ini, KUIS sudah pun mendapatkan pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berkenaan UEC untuk beberapa program, manakala UNISEL pula sedang di dalam proses mendapatkan pengiktirafan UEC sebagai sijil yang setara dengan sijil asasi, daripada pihak MQA untuk program-program kursus pembelajaran.
