PENGUMPULAN AIR HUJAN
116) PENGUMPULAN AIR HUJAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri merancang untuk menggalakkan orang ramai menjalankan program pengumpulan air hujan secara domestik?
Kerajaan Negeri amat menggalakkan orang ramai menjalankan program pengumpulan air hujan secara domestik. Melalui Lembaga Urus Air Selangor, pengumpulan air hujan ini akan dilaksanakan di 3 buah komuniti yang pertama pada tahun 2013 mengikut perancangan di dalam Pelan Strategik Lembaga Urus Air Selangor 2012-2016. 3 buah komuniti ini serta kawasan pelaksanaannya akan dikenalpasti berdasarkan reka bentuk sistem pengumpulan air hujan yang sedang dihasilkan supaya bersesuaian dengan struktur bangunan dimana ianya akan digunakan.
